dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Basic Microsoft Words (Typing Skills)

9 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 08 September 2024, telah berlangsung aktiviti typing skills menggunakan aplikasi Microsoft Words. Antara aktiviti yang perlu dilakukan adalah memberi pendedahan awal kepada kanak – kanak dalam menaip karangan bertajuk Singa dan Nyamuk. Staff NADI mengajar cara untuk menaip karangan dengan betul dan lancar berserta tanda - tanda khas yang perlu digunakan. Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk mengasah kemahiran menaip kanak – kanak dengan baik dan kanak – kanak juga harus memahami jalan cerita dari karangan yang telah diberikan.

Sehubungan dengan itu, dengan adanya program seperti ini, ianya dapat memberikan pengetahuan kepada kanak – kanak dan mendedahkan kepelbagaian fungsi NADI kepada komuniti. Selain itu, kanak – kanak juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir serta melatih moto tangan mereka dengan aktiviti menaip. Melalui program ini, Staf NADI juga dapat membina hubungan baik bersama komuniti agar dapat memantapkan lagi hubungan silaturahim.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..